Selamat Datang Ke Saunadirumah.my. Destinasi Sauna Portable pilihan Anda. Silakan Masuk. Dapatkan Harga SPECIAL OFFER Dengan Setiap Pembelian Anda Disini. Klik Senarai Barangan pada MENU diatas. Terima kasih :)

Pengiktirafan

sijil1sijil2sijil3

PENGIKTIRAFAN CB (CB APPROVAL)

Produk-produk yang kami jual semuanya mempunyai status pengiktirafan dari negara luar sebagai produk yang selamat dan berkualiti tinggi. Persatuan Komisi Elektroteknikal Antarabangsa untuk Pengesahan Ujian Kualiti Barangan Elektrik atau The International Electrotechnical Commission system for Conformity Testing to Standards for Electrical Equipment telah membina skim IECEE CB untuk peralatan dan perkakas elektrik dan elektronik tertentu. Skim ini membolehkan pengiktirafan bersama dibuat untuk keputusan ujian akhir pihak ketiga di antara negara-negara yang menjadi ahli skim ini.

Negara yang termasuk di dalam skim ini adalah seperti berikut:
Argentina, Australia, Austria, Belarus, Belgium, Brazil, Canada, China, Czech Republic, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, India, Ireland, Israel, Italy, Japan, Republic of Korea, Malaysia, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Romania, Russian Federation, Singapore, Slovakia, Slovenia, South Africa, Spain, Sweden, Switzerland, Thailand, Turkey, Ukraine, UK, USA, Yugoslavia.

PENGIKTIRAFAN SASO (SASO Approval)

Semua produk haruslah menepati ciri penting tertentu terutama dari segi keselamatan, keselamatan negara dan agama Islam seperti yang disyaratkan di Arab Saudi. Produk berkaitan termasuklah alat permainan, barang elektrik dan elektronik, automotif dan bahan kimia. Jika ada syarat Arab Saudi yang tidak termaktub, maka syarat antarabangsa yang boleh diterima boleh diluluskan oleh SASO.

Terdapat 66 kategori produk yang termasuk dalam pengiktirafan ini; kebanyakannya dibeli dan digunapakai oleh pengguna/pembeli. Kategori-kategori tersebut diletakkan dalam lima kumpulan iaitu Alat Permainan Kanak-Kanak, Produk Elektronik & Elektrik, Bahan Kimia dan lain-lain.

PENGIKTIRAFAN CE (CE Approval)

Lambang CE ialah lambang pengiktirafan yang dilekatkan di ‘products compliant’ atau kotak-kotak dan surat jaminan produk dari ‘New Approach Directives of the Europian Union’.